Riders

MANFAAT-MANFAAT YANG TERDAPAT DALAM PELAN TAKAFULINK

1) KEMATIAN

Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan  yang ada pada tahun itu. Sebab kematian termasuk kematian biasa atau kemalangan. 

2. LUMPUH KEKAL KESELURUHAN

Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus. Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa. Pemegang akaun akan mendapat elaun tahunan.

3. PAMPASAN 36 JENIS PENYAKIT KRITIKAL

Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu penyakit dari 36 penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus. Kos rawatan akan ditanggung oleh medical card. Selepas didapati menhidap penyakit kritikal semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia mana lebih dahulu. Wang pelaburan akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu membayar caruman lagi.

4. KEMALANGAN (KEMATIAN / HILANG UPAYA KEKAL)

Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (manfaat no 1 & 2). Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam atau semasa menaiki kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity). Sekiranya pemegang polisi mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%).

5. KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD)

Menyediakan dana untuk rawatan perubatan. Bayaran terus ke Hospital Panel di seluruh Malaysia. Boleh digunakan dalam dan luar Negara (tidak melebihi 90 hari).

6. ELAUN HOSPITAL (HOSPITAL BENEFIT)

Diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad. Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja. Sekiranya anda dirawat di hospital kerajaan, atau bil hospital swasta telah dibayar oleh majikan anda, elaun hospital akan dibayar. Bil hospital akan dibayar melalui medical card dan elaun akan diterima selepas 14 hari keluar dari hospital. Maksimum claim adalah 100 hari dan minimum berada di dalam wad adalah 6 jam.

 7. ELAUN ICU

Seperti elaun hospital, elaun ICU akan diberikan mengikut tempoh klien berada dalam ICU.

8. ELAUN BEDAH

Diberikan sekiranya pemegang polisi menjalani pembedahan.

9. TUNTUTAN BIL KEMALANGAN KECIL

Tuntutan bil perubatan sekiranya pemegang polisi mendapatkan rawatan kemalangan kecil di mana-mana klinik dengan mengemukakan bukti resit.

10. ELAUN CUTI SAKIT DISEBABKAN OLEH KEMALANGAN

Diberikan berdasarkan tempoh pemegang polisi cuti sakit akibat kemalangan.

11. CRISIS COVER INCOME

Diberikan sekiranya pemegang polisi menghidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal. Pampasan akan dibayar setahun sekali hingga umur 80 tahun.

12. ELAUN LUMPUH

Diberikan apabila pemegang polisi didapati lumpuh kekal (total permanent disable) sama ada penyakit atau kemalangan. Pampasan akan dibayar setahun sekali hingga umur 60 tahun.

13. KHAIRAT KEMATIAN

RM2000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah dengan mengemukakan bukti kematian seperti sijil kematian, permit pengebumian dan lain-lain.

14. PREMIUM PERCUMA (CONTRIBUTOR BENEFIT)

Manfaat ini akan menyambung simpanan pemegang polisi secara automatik sekiranya mereka sah menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal.

15. PULANGAN PELABURAN

Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pon dengan syarat nilai terkumpul melebihi RM4,000. anggaran pulangan pelaburan 9%-11% setahun bergantung kepada prestasi pasaran. Sekiraya anda ingin mendapat pulangan yg lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.